Terma & syarat

1. Pembayaran

  • Bayaran perlu dibuat sebaik sahaja kerja selesai bersama dengan tandatangan pesanan penghantaran.
  • Kaedah pembayaran yang diterima: Kad Debit/Kredit, Pindahan Bank, atau E-Wallet.
  • Pembatalan secara tiba-tiba akan dikenakan caj penuh berdasarkan nilai kerja.

2. Pemasangan & Penghantaran

  • Pemasangan hanya tersedia di kawasan tertentu di Lembah Klang. Caj tambahan dikenakan untuk luar kawasan.
  • Had pemasangan:
    • Luas premis tidak melebihi 20 x 70 kaki persegi (caj tambahan jika lebih besar).
    • Ketinggian pemasangan maksimum 10 kaki (disarankan bawah 8 kaki untuk sudut rakaman terbaik).
    • Pemasangan hanya dilakukan di rumah teres, kondominium, apartmen, kedai, atau pejabat.
    • Pendawaian maksimum 66 kaki setiap kabel.
    • Pemasangan di tingkat lain memerlukan penyesuaian tambahan.
  • Waktu pemasangan: Hari bekerja, 10:00 pagi – 5:00 petang.
  • Pendawaian permukaan sahaja, tanpa wall hacking atau penyembunyian kabel.
  • Hari 1: Pendawaian & pemasangan sistem diselesaikan.
  • Hari 2: Konfigurasi sistem, tetapan router, dan latihan pengguna (selesai dalam 1 jam).
  • Keperluan Internet: Premis mesti mempunyai sambungan internet seperti Unifi, Maxis Fiber, atau Time Fiber. Router perlu dipasang berhampiran DVR sebelum konfigurasi.
  • Caj tambahan dikenakan jika syarat pemasangan tidak dipenuhi atau ada permintaan khas.

3. Waranti & Penyelenggaraan

Waranti Perkakasan

  • Tukar Ganti 1 Tahun: Untuk kerosakan kilang dalam tempoh setahun pertama.
  • Waranti 24 Bulan: Untuk kecacatan pengilangan.
  • Waranti 12 Bulan On-Site:
    • Sah hanya untuk kawasan tertentu di Lembah Klang.
    • Untuk lokasi lain, waranti adalah Carry-In (pelanggan perlu membawa produk ke pusat servis).
  • Waranti 30 Hari: Untuk peralatan elektrik seperti adapter & power supply.
  • Tidak Termasuk Waranti: Aksesori (bracket, connectors, kabel) dan kerosakan akibat bencana alam atau kesalahan manusia.
  • Produk tanpa label waranti asal dianggap tiada waranti.

4. Polisi Pembatalan & Keperluan Bangunan

  • Kelulusan pengurusan bangunan mesti diberikan sebelum kerja pemasangan bermula.
  • Jika surat kelulusan tidak disediakan dan pasukan teknikal tidak dapat masuk untuk pemasangan, bayaran penuh masih perlu dibuat.
  • FZH Technology berhak untuk membatalkan atau menjadualkan semula servis sekiranya berlaku keadaan yang tidak dapat dielakkan.

1800-88-1322

011-5361 1203

admin@fzhtechnology.com.my

47-A, Jalan SG 10/4, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor

Copyright 2023 – FZH Technology M Sdn Bhd (1255266-V) | PAKAR CCTV ANDA