Kini, semakin ramai orang pasang CCTV di rumah atau ofis untuk
tujuan keselamatan.
Anda juga tengah berfikir untuk memasang CCTV di rumah anda?
Di dalam artikel ini, kami akan menceritakan kepada anda tentang
undang-undang mengenai CCTV di Malaysia dan juga beberapa
tips yang anda perlu tahu sebelum memasang CCTV.
Sebelum anda memasang CCTV di rumah, anda perlu
memastikan tujuan pemasangan CCTV itu adalah betul.
Jika anda menggunakannya sebagai alat untuk mengintai jiran
atau orang lain, maka ia adalah salah dan boleh dikenakan
tindakan atau laporan.
Untuk pengetahuan anda, penyebaran video daripada rakaman
CCTV atau hak persendirian boleh dikira sebagai kesalahan di
bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).
Anda tidak boleh berkongsi rakaman CCTV tersebut dengan
sesiapa. Ia hanya boleh ditunjukkan kepada polis jika terdapat
jenayah yang melibatkan anda atau orang sekeliling.
Namun jika anda menggunakan rakaman sebagai bahan hiburan
dan dikongsikan di media sosial, maka anda telah langgar
undang-undang dan boleh dikenakan tindakan yang berat.
Maka sebelum memasang CCTV, pastikan niat anda betul!
Di sini, kami akan menerangkan tentang kepentingan untuk
memasang CCTV di rumah.
Satu perkara yang sudah pasti anda ingin jauhi adalah
berlakunya jenayah terutamanya di rumah anda.
Sekiranya penjenayah menceroboh rumah anda, anda boleh
menunjukkan rakaman CCTV tersebut kepada pihak berkuasa
sebagai langkah berjaga-jaga.
Walaupun anda tinggal di kawasan perumahan yang boleh
dikatakan selamat, kita tidak pernah tahu apa yang akan berlaku
pada masa hadapan.
Ini termasuk sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini seperti
pecah rumah atau kerosakan harta. Pemasangan CCTV
merupakan langkah keselamatan yang sangat bagus.
Anda akan merasa lebih selamat apabila rumah anda selalu
dipantau oleh kamera CCTV.
Selain dari luar rumah, anda juga boleh memilih untuk memasang
kamera CCTV di dalam rumah sekiranya anda mempunyai
pembantu rumah.
Ini kerana anda akan meninggalkan anak-anak di bawah jagaan
pembantu rumah. Anda tidak tahu apa yang sedang berlaku
sepanjang tempoh penjagaan tersebut.
Namun dengan adanya CCTV, anda boleh memantau kelakuan
pembantu rumah supaya keselamatan anak-anak terjamin.
Sebelum anda membeli CCTV, anda perlu mencari CCTV yang
mempunyai kualiti gambar dan video yang tinggi dan bagus.
Anda boleh melihat rakaman CCTV dengan senang kerana
mempunyai resolusi video yang tinggi.
Jika anda memilih CCTV yang berkualiti rendah, anda tidak dapat
melihat rakaman dengan jelas.
Sekiranya berlaku jenayah, pihak polis mungkin tidak dapat
membantu anda kerana rakaman CCTV tidak jelas dan ini sangat
merugikan.
Anda juga perlu fikir tentang bajet sebelum memasang CCTV di
rumah. Tetapi, terdapat banyak CCTV yang berkualiti tinggi
dengan harga yang rendah.
Anda tidak perlu membelanjakan duit secara berlebihan kerana
terdapat banyak pilihan yang bersesuaian dengan bajet yang
sedikit.
Selain itu, anda juga boleh menempah konsultasi bersama
syarikat security. Mereka boleh mencadangkan pilihan CCTV
yang tepat serta berkualiti mengikut situasi dan bajet anda.
Sebelum memasang CCTV, anda juga perlu memastikan tempat
pemasangan CCTV itu merupakan ruangan yang strategik dan
sesuai.
Pastikan kamera CCTV itu dapat merakam kawasan yang penting
seperti pekarangan rumah, halaman belakang rumah dan
sebagainya.
Anda juga disarankan untuk memasang CCTV di luar dan di
dalam rumah.
Anda boleh memantau kelakuan anak-anak semasa keluar
bekerja. Dengan ini, anda dapat membuat tindakan kecemasan
dengan pantas sekiranya anak-anak dalam bahaya.
Pada masa kini, terdapat banyak jenama CCTV yang mempunyai
night vision. Ia boleh berfungsi pada waktu malam dan kawasan
malap.
Dengan adanya night vision, anda masih akan mendapat rakaman yang berkualiti tinggi walaupun ia tidak dapat dilihat
dengan jelas oleh mata kasar.
Kesimpulannya, terdapat banyak perkara yang anda perlu tahu sebelum anda pasang CCTV di rumah anda.
Jika anda sedang mencari syarikat yang menawarkan servis
pemasangan CCTV yang berkualiti tinggi dan harga yang
kompetitif, anda boleh pilih FZH Technology!
FZH Technology menawarkan pelbagai pakej berdasarkan
kemampuan dan keperluan anda. Tambahan lagi, anda dapat
lihat rakaman CCTV secara langsung di aplikasi fon sahaja!
Anda juga boleh mendapatkan sesi konsultasi percuma mengenai
faktor keselamatan rumah atau premis bisnes anda.
Produk FZH Technology juga datang dengan warranty selama 1
tahun supaya anda boleh menukar produk jika ia mempunyai
masalah teknikal.