Semakin ramai orang pada masa sekarang memilih untuk
memasang CCTV rumah sebagai langkah keselamatan diri
mereka dan ahli keluarga.
Ia merupakan satu cara yang sangat efektif dan tidak akan
menyebabkan kos yang tinggi seperti yang dijangka oleh
kebanyakkan penduduk di Malaysia.
Di dalam artikel ini, kami akan berkongsi kepada anda jenis-jenis
CCTV rumah yang ada serta mengapa anda disarankan untuk
memasangnya di tempat duduk anda.
Teruskan membaca artikel ini untuk mendapatkan maklumat yang
berfaedah.
Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai jenis CCTV rumah
yang boleh dipasang. Di bahagian ini, kami akan memperkenalkan beberapa pilihan kepada anda.
Jika kawasan rumah anda merupakan kawasan yang mempunyai
masalah, CCTV rumah ini sangat sesuai kerana ia boleh
digunakan dari pagi hingga ke malam.
Ini kerana ia direka untuk merakam dalam pelbagai cuaca dan
cahaya. Dengan kelebihan filter infrared dalam CCTV, ia mampu
untuk untuk menangkap pergerakan walaupun gelap jelita.
Jika terdapat apa-apa masalah pada waktu malam, maka anda
tidak perlu risau kerana CCTV rumah ini boleh membantu anda.
Bagi mereka yang ingin memasang CCTV rumah di ruangan yang
tertutup seperti di bilik-bilik, maka ini adalah pilihan yang sesuai.
CCTV rumah ini dibuat khas untuk memantau kawasan yang
tertutup kerana ia tidak tahan terhadap cuaca seperti pilihan
kamera yang lain.
Walaupun ia hanya sesuai digunakan dalam rumah, ia
dilengkapi dengan pelbagai fungsi yang menarik seperti infrared
dan kualiti yang high-definition.
Ini merupakan CCTV rumah yang sangat menarik kerana
pengguna boleh melihat secara langsung apa yang sedang
dirakam oleh kamera itu.
Ini kerana ia dihubungi dengan Wifi rumah anda dan
membolehkan anda untuk memasuki login untuk mengakses
rakaman tersebut.
Anda juga boleh terus save rakaman tersebut atau hantar secara
emel kepada ahli keluarga anda dari CCTV rumah ini supaya
mereka juga dapat melihat terus rakaman itu.
CCTV rumah yang seterusnya sesuai diletakkan di luar rumah
kerana ia direka khas untuk bertahan jika cuaca teruk seperti
hujan melanda kawasan tersebut.
Bentuk kamera ini juga membolehkannya untuk dilindungi dari
cuaca matahari supaya ia dapat merakam tanpa masalah cahaya
yang mungkin akan berlaku.
Jenis CCTV rumah ini juga sesuai diletakkan di luar rumah anda
kerana ia juga mampu menahan daripada cuaca seperti CCTV
Dome Camera.
Namun, ia mempunyai bentuk reka yang berbeza dengan pilihan
sebelum ini dan sesuai diletakkan di mana-mana kawasan rumah
anda.
Di bahagian ini, kami akan menerangkan kepada anda beberapa
sebab anda disarankan untuk memasang CCTV rumah.
Tugas CCTV rumah yang terbesar adalah untuk memantau
kawasan sebagai langkah keselamatan. Ini kerana semakin
banyak kes-kes yang kita lihat di berita pada masa kini.
Anda juga boleh menggunakan CCTV untuk memantau orang di
kawasan rumah anda kerana kita tidak kenal semua orang dan
niat yang ada pada mereka.
2. Untuk Keselamatan Keluarga
Anda juga disarankan untuk memasang CCTV rumah untuk
menjaga keselamatan keluarga anda.
Bagi mereka yang selalu outstation atau perlu meninggalkan
kanak-kanak pada masa yang lama, anda boleh memantau
mereka dengan bantuan CCTV rumah.
Ini akan melegakan anda serta memastikan anda tahu jika anak
anda dalam keadaan yang selamat.
Satu perkara yang sudah pasti anda ingin menjauhi adalah
berlakunya jenayah terutamanya di rumah anda yang merupakan
tempat yang sangat penting untuk dijaga.
CCTV rumah merupakan satu langkah untuk membanteras masalah ini kerana kebanyakkan penjenayah tidak akan memilih rumah yang dilindungi kerana mereka risau ditangkap.
4. Untuk Memantau Penjaga Rumah
Bagi mereka yang mempunyai pembantu atau bibik di rumah,
CCTV rumah merupakan pilihan yang bijak untuk memantau
mereka.
Ini kerana kita lihat semakin banyak kes pencurian oleh pembantu
yang terus lari dari rumah atau masih duduk tetapi tidak mengaku
tentang aksi pencurian mereka.
Tambahan pula, kita juga sering lihat kes dera yang dilakukan
oleh pembantu rumah kepada kanak-kanak. Jika berlaku, anda
boleh menggunakan rakaman sebagai bukti.
Kesimpulannya, CCTV rumah merupakan satu pilihan yang
sangat bagus untuk melindungi diri anda dan keluarga jika
terdapat masalah.
Jika anda mencari syarikat yang menawarkan servis pemasangan
CCTV yang berkualiti tinggi dan harga yang kompetitif, anda
boleh pilih FZH Technology!
Ini adalah beberapa sebab anda perlu memilih kami:
Apa lagi anda tunggu? Anda boleh terus ke laman web kami
untuk maklumat yang lebih lanjut.