Sebelum Anda Pasang CCTV, Ketahui 5 Tips Ini Dulu

pasang cctv

Kini, semakin ramai orang pasang CCTV di rumah atau ofis untuk tujuan keselamatan.

Anda juga tengah berfikir untuk memasang CCTV di rumah anda?

Di dalam artikel ini, kami akan menceritakan kepada anda tentang undang-undang mengenai CCTV di Malaysia dan juga beberapa tips yang anda perlu tahu sebelum memasang CCTV.

Undang-undang Pasang CCTV Di Malaysia

pasang cctv

Sebelum anda memasang CCTV di rumah, anda perlu memastikan tujuan pemasangan CCTV itu adalah betul.

Jika anda menggunakannya sebagai alat untuk mengintai jiran atau orang lain, maka ia adalah salah dan boleh dikenakan tindakan atau laporan.

Untuk pengetahuan anda, penyebaran video daripada rakaman CCTV atau hak persendirian boleh dikira sebagai kesalahan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).

Anda tidak boleh berkongsi rakaman CCTV tersebut dengan sesiapa. Ia hanya boleh ditunjukkan kepada polis jika terdapat jenayah yang melibatkan anda atau orang sekeliling.

Namun jika anda menggunakan rakaman sebagai bahan hiburan dan dikongsikan di media sosial, maka anda telah langgar undang-undang dan boleh dikenakan tindakan yang berat.

Maka sebelum memasang CCTV, pastikan niat anda betul!

Penting Ke Untuk Pasang CCTV Di Rumah?

pasang cctv

Di sini, kami akan menerangkan tentang kepentingan untuk memasang CCTV di rumah.

1. Mengelakkan Jenayah

Satu perkara yang sudah pasti anda ingin jauhi adalah berlakunya jenayah terutamanya di rumah anda. 

Jika penjenayah menyedari bahawa rumah anda dilengkapi dengan pemassangan CCTV, mereka berkemungkinan tidak akan mencerobohi rumah kediaman. 

Sekiranya penjenayah menceroboh rumah anda, anda boleh menunjukkan rakaman CCTV tersebut kepada pihak berkuasa sebagai langkah berjaga-jaga. 

2. Langkah Keselematan

Walaupun anda tinggal di kawasan perumahan yang boleh dikatakan selamat, kita tidak pernah tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan.

Ini termasuk sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini seperti pecah rumah atau kerosakan harta. Pemasangan CCTV merupakan langkah keselamatan yang sangat bagus.

Anda akan merasa lebih selamat apabila rumah anda selalu dipantau oleh kamera CCTV.

3. Keselamatan Keluarga

Selain dari luar rumah, anda juga boleh memilih untuk memasang kamera CCTV di dalam rumah sekiranya anda mempunyai pembantu rumah.

Ini kerana anda akan meninggalkan anak-anak di bawah jagaan pembantu rumah. Anda tidak tahu apa yang sedang berlaku sepanjang tempoh penjagaan tersebut.

Namun dengan adanya CCTV, anda boleh memantau kelakuan pembantu rumah supaya keselamatan anak-anak terjamin. 

Ikuti 5 Tips Di Bawah

1. Cari yang Berkualiti

Sebelum anda membeli CCTV, anda perlu mencari CCTV yang mempunyai kualiti gambar dan video yang tinggi dan bagus.

Anda boleh melihat rakaman CCTV dengan senang kerana mempunyai resolusi video yang tinggi. 

Jika anda memilih CCTV yang berkualiti rendah, anda tidak dapat melihat rakaman dengan jelas.

Sekiranya berlaku jenayah, pihak polis mungkin tidak dapat membantu anda kerana rakaman CCTV tidak jelas dan ini sangat merugikan.

2. Pilih Mengikut Bajet

Anda juga perlu fikir tentang bajet sebelum memasang CCTV di rumah. Tetapi, terdapat banyak CCTV yang berkualiti tinggi dengan harga yang rendah.

Anda tidak perlu membelanjakan duit secara berlebihan kerana terdapat banyak pilihan yang bersesuaian dengan bajet yang sedikit. 

Selain itu, anda juga boleh menempah konsultasi bersama syarikat security. Mereka boleh mencadangkan pilihan CCTV yang tepat serta berkualiti mengikut situasi dan bajet anda. 

3. Pilih Ruang CCTV Yang Sesuai

Sebelum memasang CCTV, anda juga perlu memastikan tempat pemasangan CCTV itu merupakan ruangan yang strategik dan sesuai.

Pastikan kamera CCTV itu dapat merakam kawasan yang penting seperti pekarangan rumah, halaman belakang rumah dan sebagainya.

4. Memantau Seluruh Kawasan

Anda juga disarankan untuk memasang CCTV di luar dan di dalam rumah. 

Anda boleh memantau kelakuan anak-anak semasa keluar bekerja. Dengan ini, anda dapat membuat tindakan kecemasan dengan pantas sekiranya anak-anak dalam bahaya. 

5. Mempunyai Night Vision

Pada masa kini, terdapat banyak jenama CCTV yang mempunyai night vision. Ia boleh berfungsi pada waktu malam dan kawasan malap.

Dengan adanya night vision, anda masih akan mendapat rakaman yang berkualiti tinggi walaupun ia tidak dapat dilihat dengan jelas oleh mata kasar.

Kesimpulannya, terdapat banyak perkara yang anda perlu tahu sebelum anda pasang CCTV di rumah anda.

Jika anda sedang mencari syarikat yang menawarkan servis pemasangan CCTV yang berkualiti tinggi dan harga yang kompetitif, anda boleh pilih FZH Technology!

pasang cctv

FZH Technology menawarkan pelbagai pakej berdasarkan kemampuan dan keperluan anda. Tambahan lagi, anda dapat lihat rakaman CCTV secara langsung di aplikasi fon sahaja!

Anda juga boleh mendapatkan sesi konsultasi percuma mengenai faktor keselamatan rumah atau premis bisnes anda.

Produk FZH Technology juga datang dengan warranty selama 1 tahun supaya anda boleh menukar produk jika ia mempunyai masalah teknikal.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *