Panduan Memilih CCTV Package Malaysia Dan 7 Jenama Terbaik Bagi Rumah Anda

Melalui carian dalam Internet, ramai mencari CCTV Package Malaysia kerana terdapat banyak video dan berita berkenaan kejadian pecah rumah, kecurian, dan kerosakan harta benda yang berlaku, terutamanya di rumah dan kediaman jenis landed di Malaysia. Tiada siapa ingin kediaman mereka menjadi sasaran penjenayah. Disebabkan peningkatan tersebut, ramai orang melabur dalam sistem keselamatan terutamanya CCTV Package Malaysia.

CCTV Package Malaysia

Kamera CCTV Yang Diakses Dengan Telefon Pintar

CCTV Package Malaysia
rakaman CCTV sekuriti untuk keselamatan perniagaan anda.

Dengan adanya rakaman ini, ia boleh digunakan sebagai bukti dan tuntutan insurans jika berlaku perkara yang tidak diingini. Kamera litar tertutup (CCTV) adalah sebuah sistem komputer menggunakan video kamera untuk merakam situasi pada waktu dan persekitaran. Ia menggunakan signal yang bersifat tertutup atau rahsia, berbeza dengan television biasa yang merupakan broadcast signal.

Undang-Undang Memasang CCTV Di Malaysia

Untuk pengetahuan anda, sebarang rakaman video termasuk CCTV di kawasan awam mahupun hak persendirian adalah tertakluk di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709). Penyebaran rakaman boleh menjadi kesalahan di bawah akta ini jika pemiliknya berdaftar dengan Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP). Ini bermaksud sebarang penyebaran video daripada rakaman CCTV atau hak persendirian boleh dikira sebagai kesalahan di bawah akta berkenaan. Jadi amat penting bagi anda mengetahui tujuan sebenar pemasangan CCTV.

CCTV Package Malaysia

7 CCTV Package Malaysia Yang Terbaik Untuk Rumah Anda

1. CCTV Package Malaysia – Xiaomi Mi Mijia

CCTV Package Malaysia
CCTV Package Malaysia Model Xiaomi Mi Mijia

Kamera CCTV ini juga menggunakan fungsi AI dengan kualiti video HD (1080P). Ia boleh merakam 360° bagi memudahkan anda memantau keadaan sekeliling dalam rumah. Harganya sekitar RM110.

  • Gambaran lebih lebar sehingga 360 darjah (fungsi Pan/tilt)
  • Fungsi Night-vision
  • Kualiti 1800P resolusi yang mampu mengambil gambar dan video dengan lebih terang
  • Audio secara 2-hala (terdapat mikrofon dan speaker)
  • Memiliki sambungan Wifi yang baik
  • Waranti 3 bulan

2. CCTV Package Malaysia – YI Home Camera

CCTV Package Malaysia

Dengan harga kurang RM100, anda boleh memiliki sebuah CCTV rumah dengan kualiti video HD (1080P) beserta ciri-ciri terbaik lain. CCTV Package Malaysia ini antara yang termurah dalam senarai.

  • Pengesanan pergerakan (AI-Powered)
  • Pengesanan manusia
  • Pengesanan bunyi pelik
  • Rakaman disimpan secara online
  • Percakapan 2-hala (suara)
  • Fungsi pengawasan bayi
  • Waranti 1 tahun

 3. CCTV Package Malaysia – Yi Outdoor 1080P CCTV

CCTV Package Malaysia

Jika senarai sebelum ini sesuai untuk di dalam rumah, Yi Outdoor ini antara pakej CCTV Malaysia yang sesuai diletakkan di luar rumah kerana ketahanannya yang mempunyai ciri kalis cuaca seperti hujan dan panas. Harga sekitar RM180.

  • Pengesanan pergerakan
  • Penggera terbina (alarm)
  • Persempadanan kawasan aktiviti
  • Ciri penglihatan malam (night vision) pada CCTV ini
  • Audio secara 2-hala (terdapat mikrofon dan speaker)
  • Boleh dikawal menggunakan Alexa
  • Storan awan
  • Storan menggunakan micro SD
  • Waranti 1 tahun

4.       CCTV Package Malaysia – SriHome SH-25 Wifi CCTV

CCTV Package Malaysia

Pakej CCTV Malaysia di rumah dengan kualiti HD yang boleh dikawal menggunakan telefon pintar dimana-mana sahaja. Dengan harga kurang RM100, anda boleh mendapatkan beberapa fungsi menarik seperti :

·       Kualiti gambar dan video dengan resolusi HD (1080P)

·       Mudah digunakan. (plug & play)

·       Menyokong sambungan Wifi dan tanpa internet

·       Penggera pengesanan pergerakan dan rakaman (motion detection)

·       Audio secara 2-hala (terdapat mikrofon dan speaker)

·       Mempunyai ciri mendengar suara daripada CCTV

·       Menyokong ONVIF Protocol

·       Fungsi auto malam dan siang

·       3 bulan waranti diberikan

 

5. CCTV Package Malaysia – Mi Security Camera 2K Pro

CCTV Package Malaysia

Sebuah lagi jenama Xiaomi mengeluarkan kamera CCTV rumah yang mana antara kualiti paling tinggi dalam semua senarai iaitu kualiti 2K (1296P) untuk rakaman video. Harga sekitar RM160.

  • Pengesanan AI yang mana mengenali wajah ahli keluarga kita
  • Video lebar sehingga 360° menangkap lebih luas
  • Pengesanan pergerakan manusia
  • Night vision yang lebih hebat
  • Audio secara 2-hala (terdapat mikrofon dan speaker)
  • Menyokong micro sd, storan NAS dan awan
  • Boleh mengawal menggunakan aplikasi di smartphone

6. CCTV Package Malaysia – TP Link Wifi Camera Tapo C20

CCTV Package Malaysia

Dengan harga yang lebih murah, kurang RM100 anda diberi waranti sehingga 2 tahun. Ia juga boleh dikawal menggunakan aplikasi Tapo.

  • Menggunakan kualiti video HD yang baik dengan resolusi 1080P
  • Fungsi Pan, Tilt dan Zoom yang boleh dikawal menggunakan smartphone
  • Night vision
  • Pengesanan pergerakan
  • Fungsi bunyi alarm dan cahaya
  • Audio secara 2-hala (terdapat mikrofon dan speaker)
  • Kawalan menggunakan suara

7. CCTV Package Malaysia – GOQ Q50 CCTV Outdoor

Sebuah lagi CCTV rumah yang sesuai digunakan di luar rumah (outdoor). Dengan harga sekitar RM130, ia juga boleh berfungsi tanpa sambungan internet

  • Fungsi Pan, Tilt dan Zoom yang boleh dikawal menggunakan smartphone sahaja
  • Kalis air IP66. Sesuai diletakkan diluar rumah
  • Mudah digunakan. (plug & play)
  • Menyokong sambungan Wifi dan tanpa internet
  • Pemantaun boleh dibuat terus dari smartphone ada jika anda tiada di rumah
  • Penggera pengesanan pergerakan (Motion detection)
  • Audio secara 2-hala (terdapat mikrofon dan speaker)
  • Mempunyai ciri mendengar suara daripada CCTV
  • Gambar akan terus dimuat-naik ke awan bila berjaya mengesan pergerakan yang mencurigakan
  • Fungsi auto malam dan siang
  • 3 bulan warranti

Kesimpulan

CCTV Package Malaysia masa kini menjadi tidak lagi asing bagi penghuni rumah di negara ini. Faktor utama pemasangan kamera CCTV adalah demi keselamatan, untuk mencegah kes dan risiko pecah masuk serta jenayah lain. Tetapi, ia juga digunakan untuk mengawasi ahli keluarga yang lain seperti bayi dan kanak-kanak. Pelbagai ciri-ciri canggih berjaya mengubah kamera menjadi rumah pintar (smart home), dengan pengecaman wajah dan sensor gerakan.

Terdapat banyak CCTV Package Malaysia di pasaran, tetapi secara umum, anda harus membuat keputusan berdasarkan faktor utama seperti lokasi dan bilangan kamera, serta bagaimana anda ingin mengakses dan merakam rakaman tersebut. Kamera analog juga kebiasaannya lebih murah daripada kamera IP.

Untuk hasil terbaik, dapatkan nasihat pakar tentang pakej CCTV Malaysia yang dapat  mengesyorkan penyelesaian yang tepat untuk kediaman atau pejabat anda.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *